Skip to content

CSR: WAKALAH ZAKAT

Pada 17hb May 2021, pihak Sumber Manusia dan “Marcomm” telah mengatur aktiviti tanggungjawab social korporat (CSR) untuk mengagihkan Wakalah Zakat Perniagaan & Zakat Majikan kepad 2 organisasi, iaitu Pusat Jagaan Penyayang Nur Iman dan Surau As-Syakirin Bandar Mahkota Cheras.

En Salahuddin Adri Bin Ahmad, Ketua Pegawai Kewangan (CFO) dengan berbesar hati mewakili pihak Fibrecomm menyumbangkan RM20,000 kepada Ustazah Sharifah Bin Ali, pentadbir di Pusat Jagaan Penyayang Nur Iman.

Pusat Jagaan Penyayang Nur Iman adalah pusat yang menempatkan anak-anak yatim, anak-anak mualaf dan anak-anak fakir miskin. Mahkota Cheras.

Pada hari yang sama di sebelah petang, Dr Syed Mohamad Jamalullil Bilfagih, Ketua Pengawai Teknikal (CTO) mewakili pihak Fibrecomm telah memberi sumbangan sebanyak RM5,000 kepada Ustaz Saifuddin Bin Hussin, pengerusi Surau As-Syakirin Bandar Mahkota Cheras. Sumbangan ini adalah bagi membantu pihak Surau untuk membaik pulih bangunan Surau yg rosak semasa berlakunya ribut pada awal March tahun ini.

Kerosakan struktur surau akibat Ribut pada 3/3/21.