Skip to content

CSR: WAKALAH ZAKAT PERNIAGAAN 2022

Pada tanggal 12 April 2023, Pihak Pengurusan Fibrecomm telah menghadiri Majlis Jalinan Kasih Ramadan yang dianjurkan oleh Pusat Wakaf, Endowmen, Zakat, Khairat dan Sedekah (WEZAS), bertempat di Masjid Al-Mursyiddin, Kampus Sultan Azlan Shah, Universiti Pendidikan Sultan Idris. Pihak Fibrecomm dengan berbesar hati telah menyumbang sebanyak RM20,000 daripada dana Zakat wakalah perniagaan syarikat kepada Pusat Zakat UPSI (WEZAS) untuk diagihkan kepada pelajar-pelajar yang memerlukan bantuan Pendidikan (Al-Gharimin/Pendidikan). Menurut Naib Canselor UPSI Profesor Datuk Dr Md Amin Md Taff menerusi kenyataan berkata walaupun terdapat pelbagai inisiatif program yang dilaksanakan oleh kerajaan untuk membantu golongan pelajar terkesan tetapi sebagai pusat pengajian tinggi, UPSI sentiasa menjalinkan pelbagai kerjasama strategik dengan syarikat-syarikat korporat bagi menyuburkan lagi usaha murni tersebut. Turut hadir sama pada majlis tersebut adalah wakil-wakil daripada penyumbang badan korporat selain Fibrecomm iaitu, Maybank Islamic Bank Berhad dan UPSI Holding Berhad dalam sesi penyerahan ‘mock cheque’ sambil disaksikan hadirin dari kalangan Ahli Jawatankuasa Pengurusan Universiti, kakitangan dan para pelajar.