Skip to content

WAKALAH ZAKAT PERNIAGAAN Q1 & Q2 2024


Fibrecomm Network (M) Sdn Bhd meneruskan kesinambungan  Sumbangan Wakalah Zakat Perniagaan kepada golongan  yang memerlukan bantuan seperti Asnaf, Rumah Anak Yatim & Kebajikan,  Surau dan pembinaan Masjid.

Pada tanggal 13hb Jun 2024, bertempat di Surau Al-Ehsaniah, Flat Danau Kota Setapak, pihak Fibrecomm Network (M) Sdn Bhd yang di wakili oleh Ketua Pegawai Korporat, En Md Rizal Khari Md Ali telah menyampaikan sumbangan Wakalah Zakat Perniagaan Syarikat bernilai RM10,000.00 (Ringgit Malaysia: Sepuluh Ribu Ringgit Sahaja) kepada Pengerusi Surau Al -Ehsaniah, Tuan Haji Azha bin Haji Ismail.  Sumbangan dana ini adalah untuk membantu projek menaik taraf dan penambaikan kerja-kerja am untuk pembinaan bangunan baru Surau Al-Ehsaniah, Flat Danau Kota, Kuala Lumpur.

Rumah Bakti Al Kausar, Bandar Baru Bangi telah di landa musibah apabila berlaku kebakaran pada 18 April 2024. Oleh yang demikian, Fibrecomm telah memberi sumbangan  Wakalah Zakat Perniagaan kepada Rumah Bakti Al-Kausar, Bandar Baru Bangi. Sumbangan cek bernilai RM10,000.00 (Ringgit Malaysia: Sepuluh Ribu Ringgit Sahaja) telah diserahkan oleh Ketua Pegawai Kewangan, En. Salahuddin Adri Ahmad kepada wakil Rumah Bakti Al-Kausar, Tn Haji Airol pada 25hb Jun 2024.

Dengan penuh rasa syukur, kami berharap agar sumbangan ini bermanfaat bagi mereka yang memerlukan di samping terus mendukung kegiatan sosial, kebajikan serta keagamaan di samping mengeratkan hubungan silaturrahim.