Pada tanggal 29 April 2022 bersamaan 27 Ramadhan 1443H, pihak Pengurusan Kemanusiaan dan Pentadbiran Fibrecomm dengan kerjasama “Marcomm” sekali lagi telah menganjurkan Lawatan Program Jalinan Kasih ke Pusat Jagaan Penyayang NurIman yang terletak di Danau Kota, Setapak, Kuala Lumpur. Lawatan ini juga merupakan kesinambungan daripada lawatan yang telah diadakan kali pertama pada 17 Mei 2021 iaitu ketika negara di landa pandemik Covid 19




Pada lawatan kali ini, Ketua Pegawai Eksekutif Fibrecomm (CEO) yang baru dilantik iaitu En. Shahrul Niza bin Esa telah berbesar hati untuk turun ke padang menyertai lawatan ke Pusat Jagaan Penyayang Nuriman. Pihak Fibrecomm telah memberi sumbangan melalui dana PPZ-MAIWP Skim Wakalah Zakat Perniagaan sebanyak RM20,000.00 (Ringgit Malaysia: Dua Puluh Ribu Ringgit Sahaja) kepada Pengasas Pusat Jagaan Penyayang NurIman iaitu, Ustazah Sharimah binti Ali.
Di samping itu, pihak Fibrecomm juga telah memberi sumbangan sepersalinan Baju Raya kepada anak-anak yatim, ibu tunggal, warga emas serta tenaga pengajar Pusat Jagaan NurIman hasil sumbangan dana dari pekerja-pekerja Fibrecomm sendiri.
Apalah pengertian hari raya bagi anak-anak kecil tanpa pemberian duit raya. Maka, melalui sumbangan ikhlas dari pekerja-pekerja Fibrecomm yang telah bermurah hati memberi sumbangan untuk Program Jalinan Kasih, pihak Fibrecomm telah berjaya memperolehi kutipan sebanyak RM4,800.00 (Ringgit Malaysia: Empat Ribu Lapan Ratus Sahaja) untuk di serahkan kepada penghuni Pusat Jagaan Penyayang NurIman.
Semoga inisiatif kecil ini dapat melakar senyuman, menambah keceriaan dan kegembiraan buat penghuni di Pusat Jagaan Penyayang NurIman sekaligus meringankan beban pengusaha pertubuhan kebajikan ini.
Akhir kalam, pihak Fibrecomm berharap agar sambutan raya kali ini dapat di sambut dengan penuh keberkatan, kegembiraan dan keceriaan oleh penghuni Pusat Jagaan Penyayang NurIman.